Tuesday, March 23, 2010

Sekadar untuk memperingati diri..

Assalamualaikum w.b.t..
Syukur kehadrat ilahi atas peluang yang diberikan,
Sahabat-sahabat..makin lama,makin panas Shout mix ana..kritikan,teguran,cadangan..alhamdulillah.bagi ana ia adalah satu perubahan yang berlaku pada sahabat2 mahasiswa/i kuin..lebih mengambil berat tentang perjalanan MPM..Biarpun agak kasar kadang2 terguran dari sahabat2 tapi ana merasakan seperti nasihat dari kawan2..ana memandang semua nya dalam keadaan yang positif..dan banyak draff perancangan yang dah di rangka untuk semestar depan dari sahabat2.
Mungkin tanpa kritikan dan pandangan dari kawan2 .ana dan MPM pasti terlepas pandang tentang masalah2 kebajikan di kampus,rumah sewa dan kolej kediaman..mungkin sesetengah dari perwakilan anda tidak sedar tentang masalah pinggiran seperti itu.Apa pun insyallah..Kekurangan itu akan di perbaiki.
Sahabat-sahabat yang dirahmati..
Masalah sahabat yang tinggal sentiasa di pertikaikan..Dan satu langkah drastik MPM untuk mewujudkan satu gagasan untuk mewakili mereka,biarpun lawatan berkala exco ke rumah2 sewa masih berjalan,tetapi lebih efektif jika Gagasan rumah sewa ini di manfaat kan.ttp malang nya sahabat2..pada pelancaran GALAKSI ini.hanya 30% pelajar rumah sewa yang hadir..Adakah masih mahu menunding dan mengancam MPM masih tidak buat kerja?
Sahabat2, KEINGINAN itu adalah kunci paling utama dalam setiap aspek,baik ilmu,ibadah @ sebagai nya..dan jika MPM mejalankan aktiviti bersama @ apa2 yang berkaitan dengan nya tp Ramai pelajar yang Tidak MENGIGINKAN?,tapi itu soal remeh..Ingat,allah tidak pernah tanya apa kita dapat,ttp allah akan tny apa yang kita dah Buat..
Sahabat2...Dari pandangan dan idea dari sahabat2..saya cukup komited untuk menstukturkan dan memperkasakan pegerakan MPM dari berbagai aspek..penerapan kefahaman yang lebih berkesan,Mendasari kebajikan pelajar dan Dasar yang lebih terbuka.
Maka insyallah pasti banyak perubahan yang akan diusahakan..tp ia hanya sia-sia jika sahabat hanya mahu melihat sehingga lihat kami tersungkur dan mengkritik dan meraikan nya..
Justeru, MPM bukan untuk saya,bukan untuk Exco2 saya dan bukan juga buat AJK nya,
TETAPI MPM UNTUK SEMUA..
DAN SEMUA BERTANGGUNG JAWAB DENGAN PERJUANGAN MPM
SEMUA BERTANGGUNG JAWAB MEMPERJUANGKAN HAK PELAJAR
DAN SEMUA TERPIKUL UNTUK BERSAMA2 BERKONGSI IDEA DEMI MEMPERKASA KAN
"STUDENT POWER!!!'


BERSAMA MENJULANG THAQAFAH,MENUNTUT AMAL,DAN MENCETUS PERUBAHAN

Thursday, March 11, 2010

satu kenyataan untuk semua

Bismillahirahman nirahim..Satu pujian yang sgt tinggi buat pencipta alam..kesyukuran yang amat tidak terhingga...
Lama rasa nya x menjengah ke laman sesawang ini,x sangka..shout mix saya padat dgn pandangan dan kritkan dari mahasiswa Insaniah..bersyukur rasanya..ada orang yang mengambil berat tntg kebajikan pelajar..walaupun tujuan nya "mungkin" ada agenda peribadi atau tidak..tp itu dia dengan Allah..kalu benar kritikan ini untuk memperbetulkan MPM.syukran jazilan ana ucapkan..ttp jika sebalik nya,ana serahkan pada allah untuk membalas nya..
Kebajikan pelajar..satu agenda yang masih belum selesai..selama MPM sesi ini berkhidmat..2 dialog secara besar2 an dianjurkan untuk mengenal pasti masalah pelajar,dialog tertutp antara MPM dan pentadbiran pun diadakan scara berkala untuk memastikan banyak masalah kebajikan terjaga...Masalah kebajikan asrama pernah mengalami masalah yang cukup kritikal pada bulan jan,Feb...dan tindakan segera kita adalah mengadakan kerjasama dengan Jaksa untuk mengadakan dialog dengan semua penghuni asrama..dan alhamdulillah..dalam masa 48 jam..telah wujud staf "on call",khimat penyelenggaraan yang makin baik,kaunter aduan dibuka untuk sebarang aduan..dan lambakan masalah asrama selesai dengan baik..dan kepada yang mempertikai kan "Moga Allah merahmati nya.."
Isu kebajikan di rumah sewa..beberapa persoalan yang perlu dirungkai sebelum kita terlebih dahulu menghukum sesuatu perkara..adakah kita tahu menahu tntg perkembangan pengerakan untuk membantu pelajar luar kampus?kalu anda adalah pelajar luar kampus adakah anda mengetahui kewujudan Gagasan Pelajar Luar Kampus?dan Apa sumbangan Anda dalam memperjuangkan Kebajikan luar kampus? Jujur ana katakan..sememang nya ia masalah yang sudah lama "BERKARAT"..kepimpinan dahulu tidak menghadapi masalah besar kerana yang lepas hanya 20% pelajar KUIN adalah pelajar rumah sewa,ttp sekarang hampir 60% adalah pelajar rumah sewa..jadi masakan kami mampu mengapai dan memenagi setiap isu yang berkaitan dgn rumah sewa?dan Penubuhan GALAKSI(Gabungan pelajar luar kampus) ini lah merupakan rantaian untuk kami memastikn tidak terlepas dari memperjuangkan pelajar luar kampus dengan kaedah yang lebih sistematik..ttp apa yang timbul..kesedaran dan kerjasama sesetengah mereka..dan jika dengan usaha dan hempas pulas MPM dan ajk nya masih dianggap lepas tangan dan jijik..dan bagi kebanyakan pelajar yang hanya menjadi pengkritik "hebat" tanpa sebanrang bantuan moral dianggap mulia..suka untuk saya mendoa kan"selamat maju jaya"
Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh allah s.w.t
Ramai sahabat2 yang mempertikai kan penganjuran2 program yang kita anjurkan..dan sila senaraikan program yang x mendatangkan Faedah pada kita,dan pada agama allah?tolong senaraikan...kalu ada,saya berani buat kenyataan maaf terbuka kepada semua warga kampus..sahabat2 yang dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna.sepanjang 4 bulan MPM ini bergerak..tidak tinggal sehari pun masalah dan luahan masalah pelajar bermain pada telingga ana..baik melayu @ pelajar antarabangsa..dari masalah akademik,kewangan malah peribadi..
Qardu Hasan(skim pinjaman,Dari pelajar kepada pelajar),endoment Fund dan beberapa Pekara yang MPM kali ini berusaha untuk adakan untuk memastikan masalah kebajikan pelajar selesai..dan siapa sangka..dalam semestar depan..MPM mampu menyelesaikan kebanyakan masalah kewangan pelajar dengan memeberi Pinjaman tanpa Faedah dan peluang pekerjaan pada mereka yang tiada pendapatan..dan Siapa yang ambil Kesah?sorang pun tidak..fitrah manusia..yang salah itu sahaja yang nampak,yang baik...lupakan...bak kata nenek moyang kita...Nyamuk diseberang kita nampak,bangkai gajah depan mata pun kita buta!!..Bermuhasabah la..
Berita Kenaikan Harga yuran yang masih samar2 adakah perkara yang paling disukai bagi pelajar dibincang dan dikritik pedas..kerana apa? seronok menghentam sesuatu organisasi..puas kata nya..Bagi MPM..kenaikan Harga yuran adalah perlu..walaupun kenaikan nya adalah sekali ganda dari sekarang...ttp sering kali ana menekan kan dalam mesyuarat dan perjumpaan denga tim. rektor Hea dan tim. rektor HEP untuk MENJAMIN KENAIKAN ITU SELARAS DENGAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIAKAN...contoh..jika yuran rm1200 sekarang menjadi alasan kita perlu belajar dalam kelas yang memuatkan 200 orang pelajar,air cond yang lemah,alat bantuan mengajar yang dhaif..sistem pembelajaran yang tidak efiktif..MAKA JIKA KENAIKAN YURAN ADALAH JAWAPAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI...
MPM sering Mendesak JAMINAN dari pentadbiran untuk
1)Pengajian didalam kelas adalah KURANG DARI 70 ORANG PELAJAR.
2)pengajian bersama tutor perlu diwajibkan..
3)sistem Pembelajaran kita mesti Mampu bersaing dengan IPT diluar
4)masalah infrastuktur tiada.
5)dan keluaran INSANIAH mampu berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan ipt lain.

dan jika 5 permintaan dasar ini mampu di ikuti,kenapa mesti kita sebagai pelajar menolak "nilai tambah" ini? untuk produk yang berkualiti,ia perlu dibayar dengan harga yang berpatutan..dan jika persepsi peribadi tanpa merujuk kepada fakta..maka kamu adalah orang yang sangt rugi.

cukup sekadar ini..dan saya amat terbuka untuk mendengar idea dan kritikan anda..terima kasih
"Bersama Menjulang Thaqafah,Menuntut Amal,Mencetus Perubaham"
Abd Muaz bin Abd Aziz
Presiden MPMKUIN 09/10
d

Tuesday, March 2, 2010

SIMURA'10 BAKAL MENCETUS REVOLUSI MINDA SISWA UTARA



"Mahasiswa Islam Utara Memimpin Perubahan Negara" begitulah tema disebalik sebuah program perbincangan halatuju perjuangan mahasiswa peringkat nasional yang dianjurkan oleh gabungan organisasi mahasiswa iaitu PERSADA Kedah, MPM Insaniah, GAMIM Malaysia dan Qiyadah Club.

Program yang diberi nama Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA'10) ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia khususnya wilayah Utara Semenenjung akan kepentingan berdikari dalam membentuk syahsiah mahasiswa disamping berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.


Program selama 2 hari itu akan menampilkan beberapa tokoh dan bekas aktivis mahasiswa
tanah air diantaranya ialah YB Nasir Zakaria, YB Dato' Mahfuz Omar, Dr. Anhar Opir, Dr. Azmi Abdul Hamid, Tn. Haji Ismail Ahmad, Encik Salmi Anas dan Sdr Dzulkhairi Mohd Noor.

Diantara kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah bertajuk: Masa Depan Politik Kampus: Antara Realiti dan Cabaran, Membentuk Mahasiswa Yang Berdikari Untuk Memacu Ekonomi Masa Depan, Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab.


Semua mahasiswa Islam khususnya di wilayah utara semenanjung Malaysia dijemput menyertai program tersebut.

Pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila hubungi
:-
Sdr. Latifah Mohd Nazir : 019-4481792
Sdri. Muaz Zulkifli : 0194327041



Monday, March 1, 2010

ayuh..bersatu..


Assalamualikum w.b.t
Pertama ucapan syukur kepada allah,atas nikmat iman dan islam,juga tidak lupa selawat dan salm buat nabi muhammad s.a.w,Seterusnya sahabat-sahabt perjuangan yang saya hormati...
Seminggu ini saya terlalu sibuk dengan prog-prog dan aktiviti MPM dan anjuran dari kelab dan persatuan lain,ditambah dengan mesyuarat yang bertindan setiap hari,dan disesak kan lagi dengan tgg jawab sbgai seorang pelajar dan anak...
Sebenar nya saya amat risau dengan kondisi mahasiswa islam sekarang,secara jujur saya nyatakan..kita terlampau sayang untuk meninggalkan "KEADAAN SELESA" ini..sehingga kan kita terikat dengan rantai SELESA..nah,natijah nya..kita takut untuk berubah,kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru..
Hampir 4 bulan saya memegang tampuk sebagai Presiden MPM KUIN,x banyak perkara yang dapat saya mengetengahkan..ttp disebalik itu ada agenda besar yang ingin saya terapkan kepada sahabat2 kampus dalam semestar ini.jika direnung..sudah terlalu banyak prog yang kita anjurkan ,terlalu banyak idea yang kita canang kan untuk memastikan pentadbiran,pelajar,masyarakat setempat melihat KITA bergerak...tetapi bagi saya,hakikat yang sebenar nya...natijah dan kesan dari prog dan akitiviti yang dilaksanakan hanya lah syok sendiri dan melepaskan batuk ditangga...
Jadi,saya menganilisis keadaan ini,dari hari ke hari,bulan ke bulan...jawapan dari masalah ini adalah kita tidak "BERSATU"...Jika kita masih tidak bersatu,fenomena ini akan masih berakar umbi dengan subur dalam mentaliti mahasiswa insaniah..
Justeru..saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita membuka mata seluas2 nya atas kondisi kita sekarang..kebajikan kita,hak kita..suara kita...jika kita masih berjuang dan bertempiak berseorangan dan hanya disaksikan oleh orang lain..APA KEJADAH NYE?
Jadi,saya mewakili MPM amatlah mengaharapkan agar sahabat2 semua dapat berganding dan menghulurkan bahu untuk sama2 kita mengalas peranan memperjuangkan HAK KITA,SUARA KITA....BERSAMA2...

Abd Muaz bin Abd Aziz
Presiden MPMKUIN