Monday, February 22, 2010

"ragut,bunuh,rogol...."


Mari memupuk pengetahuan dan kesedaran.

Saturday, February 13, 2010

Malaysia..kaedah bajet yang tersepit

Nasi bungkus untuk kursus guru

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.

Wednesday, February 3, 2010

Mari bersama saya.


Assalamualaikum W.B.T
Sahabat-sahabat yang dihormati oleh allah s.w.t,Masa berlalu cukup pantas..hampir 2 bulan saya di kerusi kepimpinan mahasiswa INSANIAH,masih terlalu banyak perkara yang masih saya ketinggalan untuk melaksana kan..walaupun 5 prog telah berjaya dijalankan,tetapi agenda utama masih tidak tercapai secara total.
Isu kebajikan yang menjadi lambakan masalah yang cukup serius di failMPM dan PentadbiranKUIN,Isu infrastuktur,kelembapan pengurusan,etika kerja,sistem akademik dan pelbagai lagi isu yang berkaitan dengan Mahasiswa.
Sahabat-sahabt..Ana melihat,isu yang diperjuangkan oleh MPM selama ini dipandang remeh oleh individu berwajib sehingga memberi kesan negatif atas isu yang dibawakan adalah
KESATUAN KITA..
kita tidak bersatu,kita tidak mahu berubah bersama2,kita tidak mahu sama2 susah dan sama2 senang...
Jawapan nya sahabat2...
Ayuh kita bersatu dibawah satu organisasi
kita bergerak dibawah satu matlamt dan misi..

dan SAYA AMAT KOMITED,suara kita pasti akan didengari oleh pentadbiran dan badan berwajib SEKIRANYA...

Kita semua BERSATU..
AYUH SAHABAT2...
Masa untuk berubah sudah tiba..
mari kita bersatu memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa dan pengguna!!

"Dari mahasiswa,untuk mahasiswa "