Tuesday, May 18, 2010

Satu perkara menarik tntg KUIN ( INSANIAH)

Apa bezanya belajar di UKM atau KUIN...??

Salam..

Dalam kebosanan petang tadi,saya melayari beberapa web universiti di Malaysia. Saya terview pulak web KUIN(Insaniah). Kolej ini terletak di Alor Setar, Kedah dan ditadbir oleh kerajaan negeri Kedah.

Saya melihat sedikit kelainan dalam subjek-subjek yang diajar dalam setiap semester di KUIN ini.Saya kira eloklah kita berkongsi sedikit informasi yang bagi saya amat berguna ini..


Jom kita tengok..Saya mengambil contoh Fakulti Kejuruteraan,Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektronik)

Kalau kita teliti subjek dalam semester-semester jurusan ini,kita tengok ada subjek-subjek elektif seperti Bahasa Arab,Tajwid,Pengajian Al-Quran. Saya merasa terharu/gembira kerana KUIN memperkenalkan sistem pembelajaran yang menitikberatkan dunia dan akhirat.

Bagi saya,adalah begitu penting mahasiswa ini diajar supaya membaca Al Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul mengikut apa yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW.Dengan membaca Al Quran dengan betul maka solat kita juga sempurna,dan seterusnya solat akan mencegah kemungkaran. Secara tidak langsung maksiat di Malaysia akan dapat dikurangkan!.

“Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut (29): 45)

Seterusnya kita lihat pula subjek-subjek dalam fakulti dan jurusan yang sama,tapi di Universiti Kebangsaan Malaysia...

Tidak ada satu semester pun mengajar tentang islam atau sekurang-kurangnya ilmu tajwid.! Bagaimana Malaysia akan menglahirkan individu yang takutkanlah,cemerlang dunia dan akhirat apabila aspek rohani,agama tidak dititikberatkan dalam pembelajaran mahasiswa di UKM?

Dari kelalaian sistem pendidikan inilah sedar atau tidak,Malaysia telah melahirkan profesional yang berkaliber tetapi lupakan Allah. Tidak perlu kita hairan kalau ada yang mengambil rasuah,minum arak di majlis perkahwinan ataupun tertidur di kasino.!

Memang betul,tidak semua mahasiswa UKM jahat,dan tidak semua mahasiswa UKM atau IPTA lain baik,tapi sekurang-kurangnya kita berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita,supaya IPTA dan IPTS negara kita dapat melahirkan golongan profesional yang pintar tapi hatinya sentiasa takutkan Allah.

Semoga golongan pendidik dan golongan pentadbir Malaysia dapat mengeluarkan sebuah idea dan pembaharuan agar sistem pendidikan kita lebih berdaya maju tetapi dalam waktu yang sama tidak meninggalkan ilmu-ilmu yang mengingatkan kita kepada hari akhirat.

Sebagai penutup,tulisan saya ini bukanlah bermaksud untuk menghina atau menguris hati penuntut-penuntut UKM,tapi sebuah mesej hendak disampaikan kepada orang yang mempunyai kuasa..

Nota:Kritikan dan saran amatlah dialu-alukan untuk artikel ini..:)

di petik dari http://afe87.blogspot.com/

Saturday, May 15, 2010

Kerajaan malaysia halalkan judi?

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan Malaysia ingin memberi lesen judi untuk piala dunia sangat menghairankan. Malaysia sebagaimana kata bekas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan sebuah Negara Islam.

Bagaimanakah sebuah Negara Islam menghalalkan judi di Malaysia ini? Tindakan kerajaan ini sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam keseluruhannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Menurutnya lagi, tindakan kerajaan ini bagi mengawal kegiatan judi haram di Malaysia ini selain mendapat hasil yang boleh digunakan untuk pembangunan sukan di negara ini.

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini,” katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Tindakan kerajaan ini sangat mendukacitakan umat Islam. Bagaimana Malaysia sebagai sebuah Negara Islam bertindak mahu menghalalkan judi. Seterusnya menjadikan ia hasil pendapatan untuk Malaysia.

Pendirian mahasiswa adalah membantah secara keras tindakan kerajaan ini. Jika kerajaan masih ingin meneruskan hasrat menghalalkan judi tersebut, maka mahasiswa akan turun ke jalanan bersama rakyat membantah tindakan tersebut.

Kami juga menuntut para mufti memberi fatwa mengenai tindakan yang ingin dilakukan kerajaan ini. kami juga menuntut mana-mana pihak berkaitan untuk memberi pendirian mereka secara jelas mengenai isu ini.

Harapan kami selaku mahasiswa moga kerajaan membatalkan hasrat tersebut. Ia seterusnya membendung gejala yang tidak sihat di Malaysia.-mahasiswakini