Saturday, May 15, 2010

Kerajaan malaysia halalkan judi?

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan Malaysia ingin memberi lesen judi untuk piala dunia sangat menghairankan. Malaysia sebagaimana kata bekas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan sebuah Negara Islam.

Bagaimanakah sebuah Negara Islam menghalalkan judi di Malaysia ini? Tindakan kerajaan ini sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam keseluruhannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Menurutnya lagi, tindakan kerajaan ini bagi mengawal kegiatan judi haram di Malaysia ini selain mendapat hasil yang boleh digunakan untuk pembangunan sukan di negara ini.

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini,” katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.

Tindakan kerajaan ini sangat mendukacitakan umat Islam. Bagaimana Malaysia sebagai sebuah Negara Islam bertindak mahu menghalalkan judi. Seterusnya menjadikan ia hasil pendapatan untuk Malaysia.

Pendirian mahasiswa adalah membantah secara keras tindakan kerajaan ini. Jika kerajaan masih ingin meneruskan hasrat menghalalkan judi tersebut, maka mahasiswa akan turun ke jalanan bersama rakyat membantah tindakan tersebut.

Kami juga menuntut para mufti memberi fatwa mengenai tindakan yang ingin dilakukan kerajaan ini. kami juga menuntut mana-mana pihak berkaitan untuk memberi pendirian mereka secara jelas mengenai isu ini.

Harapan kami selaku mahasiswa moga kerajaan membatalkan hasrat tersebut. Ia seterusnya membendung gejala yang tidak sihat di Malaysia.-mahasiswakini

1 comments:

ibnuyassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/05/judi-halal-judi-haram-perbuatan-syaitan.html

Post a Comment