Thursday, March 11, 2010

satu kenyataan untuk semua

Bismillahirahman nirahim..Satu pujian yang sgt tinggi buat pencipta alam..kesyukuran yang amat tidak terhingga...
Lama rasa nya x menjengah ke laman sesawang ini,x sangka..shout mix saya padat dgn pandangan dan kritkan dari mahasiswa Insaniah..bersyukur rasanya..ada orang yang mengambil berat tntg kebajikan pelajar..walaupun tujuan nya "mungkin" ada agenda peribadi atau tidak..tp itu dia dengan Allah..kalu benar kritikan ini untuk memperbetulkan MPM.syukran jazilan ana ucapkan..ttp jika sebalik nya,ana serahkan pada allah untuk membalas nya..
Kebajikan pelajar..satu agenda yang masih belum selesai..selama MPM sesi ini berkhidmat..2 dialog secara besar2 an dianjurkan untuk mengenal pasti masalah pelajar,dialog tertutp antara MPM dan pentadbiran pun diadakan scara berkala untuk memastikan banyak masalah kebajikan terjaga...Masalah kebajikan asrama pernah mengalami masalah yang cukup kritikal pada bulan jan,Feb...dan tindakan segera kita adalah mengadakan kerjasama dengan Jaksa untuk mengadakan dialog dengan semua penghuni asrama..dan alhamdulillah..dalam masa 48 jam..telah wujud staf "on call",khimat penyelenggaraan yang makin baik,kaunter aduan dibuka untuk sebarang aduan..dan lambakan masalah asrama selesai dengan baik..dan kepada yang mempertikai kan "Moga Allah merahmati nya.."
Isu kebajikan di rumah sewa..beberapa persoalan yang perlu dirungkai sebelum kita terlebih dahulu menghukum sesuatu perkara..adakah kita tahu menahu tntg perkembangan pengerakan untuk membantu pelajar luar kampus?kalu anda adalah pelajar luar kampus adakah anda mengetahui kewujudan Gagasan Pelajar Luar Kampus?dan Apa sumbangan Anda dalam memperjuangkan Kebajikan luar kampus? Jujur ana katakan..sememang nya ia masalah yang sudah lama "BERKARAT"..kepimpinan dahulu tidak menghadapi masalah besar kerana yang lepas hanya 20% pelajar KUIN adalah pelajar rumah sewa,ttp sekarang hampir 60% adalah pelajar rumah sewa..jadi masakan kami mampu mengapai dan memenagi setiap isu yang berkaitan dgn rumah sewa?dan Penubuhan GALAKSI(Gabungan pelajar luar kampus) ini lah merupakan rantaian untuk kami memastikn tidak terlepas dari memperjuangkan pelajar luar kampus dengan kaedah yang lebih sistematik..ttp apa yang timbul..kesedaran dan kerjasama sesetengah mereka..dan jika dengan usaha dan hempas pulas MPM dan ajk nya masih dianggap lepas tangan dan jijik..dan bagi kebanyakan pelajar yang hanya menjadi pengkritik "hebat" tanpa sebanrang bantuan moral dianggap mulia..suka untuk saya mendoa kan"selamat maju jaya"
Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh allah s.w.t
Ramai sahabat2 yang mempertikai kan penganjuran2 program yang kita anjurkan..dan sila senaraikan program yang x mendatangkan Faedah pada kita,dan pada agama allah?tolong senaraikan...kalu ada,saya berani buat kenyataan maaf terbuka kepada semua warga kampus..sahabat2 yang dikurniakan akal dan fikiran yang sempurna.sepanjang 4 bulan MPM ini bergerak..tidak tinggal sehari pun masalah dan luahan masalah pelajar bermain pada telingga ana..baik melayu @ pelajar antarabangsa..dari masalah akademik,kewangan malah peribadi..
Qardu Hasan(skim pinjaman,Dari pelajar kepada pelajar),endoment Fund dan beberapa Pekara yang MPM kali ini berusaha untuk adakan untuk memastikan masalah kebajikan pelajar selesai..dan siapa sangka..dalam semestar depan..MPM mampu menyelesaikan kebanyakan masalah kewangan pelajar dengan memeberi Pinjaman tanpa Faedah dan peluang pekerjaan pada mereka yang tiada pendapatan..dan Siapa yang ambil Kesah?sorang pun tidak..fitrah manusia..yang salah itu sahaja yang nampak,yang baik...lupakan...bak kata nenek moyang kita...Nyamuk diseberang kita nampak,bangkai gajah depan mata pun kita buta!!..Bermuhasabah la..
Berita Kenaikan Harga yuran yang masih samar2 adakah perkara yang paling disukai bagi pelajar dibincang dan dikritik pedas..kerana apa? seronok menghentam sesuatu organisasi..puas kata nya..Bagi MPM..kenaikan Harga yuran adalah perlu..walaupun kenaikan nya adalah sekali ganda dari sekarang...ttp sering kali ana menekan kan dalam mesyuarat dan perjumpaan denga tim. rektor Hea dan tim. rektor HEP untuk MENJAMIN KENAIKAN ITU SELARAS DENGAN PERKHIDMATAN YANG DIBERIAKAN...contoh..jika yuran rm1200 sekarang menjadi alasan kita perlu belajar dalam kelas yang memuatkan 200 orang pelajar,air cond yang lemah,alat bantuan mengajar yang dhaif..sistem pembelajaran yang tidak efiktif..MAKA JIKA KENAIKAN YURAN ADALAH JAWAPAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI...
MPM sering Mendesak JAMINAN dari pentadbiran untuk
1)Pengajian didalam kelas adalah KURANG DARI 70 ORANG PELAJAR.
2)pengajian bersama tutor perlu diwajibkan..
3)sistem Pembelajaran kita mesti Mampu bersaing dengan IPT diluar
4)masalah infrastuktur tiada.
5)dan keluaran INSANIAH mampu berdiri sama rendah dan duduk sama tinggi dengan ipt lain.

dan jika 5 permintaan dasar ini mampu di ikuti,kenapa mesti kita sebagai pelajar menolak "nilai tambah" ini? untuk produk yang berkualiti,ia perlu dibayar dengan harga yang berpatutan..dan jika persepsi peribadi tanpa merujuk kepada fakta..maka kamu adalah orang yang sangt rugi.

cukup sekadar ini..dan saya amat terbuka untuk mendengar idea dan kritikan anda..terima kasih
"Bersama Menjulang Thaqafah,Menuntut Amal,Mencetus Perubaham"
Abd Muaz bin Abd Aziz
Presiden MPMKUIN 09/10
d

1 comments:

Anonymous said...

masa untuk bersatu , jom kempen " Kesatuan pelajar!" @ Wehdatu at-talabah

Post a Comment